Wednesday 31 October 2012

Majlis Menandatangani MOA antara Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ)


Majlis Menandatangani MOA antara Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) bersempena Majlis Konvokesyen ke-12. Memorandum ini bertujuan mewujudkan kerjasama antara PTNJ dan UTHM bagi menggalakkan kajian serta program sebaran maklumat yang menjurus kepada kepelbagaian biologi, persekitaran, sumber semulajadi, eko pelancongan, sosial, pendidikan, geologi, arkeologi pembangunan dan pengurusan mapan di Taman Negara Johor Endau-Rompin. 

Aktivitinya:-
* Pembangunan makmal lapangan
* Penyelidikan dan penerbitan
* Latihan dan ekspedisi
* Pembangunan stesen kaji cuaca
* Usaha konservasi dan pemuliharaan
* Kajian sosial dan kemasyarakatan
* Penganjuran aktiviti pendidikan alam
* Pembangunan sistem hibrid mikrohidro

Justeru itu, pihak PTNJ ingin menjemput orang ramai ke perkarangan Pameran PTNJ pada 3 - 4 Nov 2012 kerana pihak PTNJ menjalankan Johorparks Conservation Campaignmengenali lebih dekat akan tempat-tempat yang menarik di Taman-taman Negara Johor, pakej-pakej, aktiviti-aktiviti dan lain-lain lagi. Semoga dengan kehadiran anda dapat memeriahkan lagi majlis kami pada hari tersebut.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak Perbadanan Taman Negara Johor di talian 07-266 1301.


No comments:

Post a Comment