Thursday 8 November 2012

Majlis Perasmian Menandatangani MoA antara USM & PTNJ serta Pelancaran Ekspedisi Saintifik Gunung Ledang USM-PTNJ 2012


Majlis Perasmian ini akan diadakan di Taman Hutan Lagenda, Taman Negara Johor Gunung Ledang pada 12 Nov 2012, jam 9.00 pagi dan akan dirasmikan oleh Wakil Rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor iaitu Yang Berhormat Encik Tan Kok Hong (Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor & Merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor).

Tujuan MoA
Meningkatkan Kerjasama antara PTNJ dan USM bagi membangunkan TNJGL sebagai pusat penyelidikan dalam bidang biodiversiti, geologi, arkeologi, ekopelancongan, pembangunan modal insan dan projek-projek yang dikenalpasti serta dipersetujui bersama.

Tujuan Ekspedisi
  • Ekspedisi mendokumenkan pelbagai maklumat khususnya biodiversiti TNJGL, di bahagian Ulu  Jementah, Daerah Segamat
  • Mewar-warkan maklumat dan kekayaan warisan ini melalui pameran, penerbitan, media massa dan lain-lain.
  • Potensi sebagai produk ekopelancongan

No comments:

Post a Comment